Friday, December 16, 2011

Ikhlaskah kita dalam mencintai seseorang?

                                                
Setiap manusia yang pernah merasai cinta pasti inginkan keikhlasan dalam hubungan mereka kan? Adakah kita semua tahu apa maksud ikhlas dalam mencintai seseorang. Sebenarnya martabat keikhlasan itu sendiri sangat tinggi. Semua orang mampu bercinta dan mencintai tapi hanya segelintir orang sahaja yang mampu mencintai dengan ikhlas.  Ikhlas di sini bererti mencintai seseorang tanpa mengharapkan balasan. Pernah tak korang dengar kisah seperti ini:-

“seorang lelaki setia menunggu teman wanitanya yang meninggalkannya tanpa sedikit pun rasa marah di hati, malah lelaki itu mendoakan kebahagiaan wanita yang dicintainya tadi”


Sesetengah orang, mungkin menganggap keikhlasan sebagai sesuatu yang bodoh. Ada bezanya antara  bodoh dalam mencintai dengan sebuah keikhlasan. Ikhlas nya cinta bermakna kita menerima kelemahan pasangan kita seadanya. Ikhlasnya cinta bererti kita mencintainya tanpa mengharapkan apa apa balasan. Tetapi kita hanya manusia biasa. Sangat sukar untuk tidak mengharapkan seseorang membalas cinta kita, kan?


Apabila terjadi sesuatu perbalahankadang kadang kita ingin kita yang menang. Ada jenis individu yang sangat sukar mengalah apabila bergaduh dengan pasangannya. Sikap ini pasti akan menyebabkan pasangannya itu tadi makan hati!. 
Adakah anda ikhlas dalam mencintai? Jawapannya ada pada anda sendiri.  Bukanlah bererti kita perlu mengalah dalam setiap hal dengan pasangan, tetapi apa yang perlu adalah cara anda mengawal sikap ingin menang dalam sesebuah perhubungan. Di sini pemaniskata akan menyenaraikan beberapa perkara yang korang tidak sedar telah membunuh keikhlasan dalam hubungan korang.


Sifat ingin memiliki melampau
Adakah korang tahu maksud ikhlas dalam cinta bererti kebahagiaan si dia adalah kebahagiaan kita juga? Namun kadang kala kita lupa dan terleka dengan sikap ingin memiliki kita sehingga ada yang bersifat mengongkong. Nak berkawan dengan kawan lain jenis pun tidak boleh, nak pergi mana semua kena beritahu, itu jelas menunjukkan seseorang itu memiliki sifat dominasi yang tinggi terhadap pasangan. 


Dia takut pasangannya akan meninggalkannya tetapi dalam waktu yang sama dia tidak sedar tindakannya itu lah yang menyebabkan hubungan mereka makin bermasalah. Pernah tak korang dengar cerita tentang seseorang yang sanggup melepaskan kekasihnya pergi dengan orang lain semata mata mahu melihat kekasihnya bahagia

Itu adalah keikhlasan. Dia sedar dia tidak dapat membahagiakan kekasihnya, lalu dia redha dan pasrah melepaskan kekasihnya pergi namun tidak ada sedikit dendam pun dalam hati nya.Adakah kita juga begitu? Sanggupkah kita?


Rungutan dan keluhan
Setiap kali berlakunya apa apa konflik, mesti kita pernah merungut pada pasangan kita kan? Rungutan itu perlu untuk mengingatkan, tapi biarlah kena dengan cara dan gayanya. Tidak perlu merungut sambil membebel berjam jam hanya untuk membuatkan hati korang puas menyalahkan pasangan. Ingat, setiap masalah yang berlaku dalam hubungan bererti kita juga sebahagian dari puncanya!

Korang boleh menyalahkan pasangan korang jika berlaku sesuatu masalah, tapi janganlah melampau. Fikirkan juga perasaanya. Bayangkan kalau korang berbuat salah dan dia tidak henti henti menyalahkan korang. Fikirkan juga bahawa kesalahan nya itu adalah sesuatu yang tidak disengajakan.

Kawal emosi bila marah, jangan lah mudah melepaskan segala tutur kata yang kasar kerana ia tanpa disedari akan mengguris hati pasangan. Setiap manusia buat salah kan? Ikhlaskah kita mencintainya jika kita tak mahu menerima kekurangannya?


Mahu pasangan ikut cara korang berfikir
Kita dan pasangan adalah dua manusia yang berbeza. Kita memang saling mencintai dan berkongsi impian yang sama. Tetapi kita kena ingat, pasangan kita adalah insan yang berbeza pandangan dan pendapat. Di sinilah keikhlasan kita dalam mencintai teruji. Jika pasangan korang melakukan sesuatu yang pada padangan korang salah, apa yang korang akan fikir?“Oh, dia dah tak sayang aku,”

Tanggapan tanggapan negatif akan muncul dalam kepala korang. Tanpa memberitahunya, korang mula membuat anggapan dia sudah mula berubah, sedangkan korang sendiri belum faham tentang cara dia berfikir! Cara perempuan dan lelaki berfikir kan lain lain?


Selepas itu, mula lah korang merungut dan mahu si dia ikut seperti cara korang berfikir. Sebenarnya, apa yang salah pada mata korang belum tentu salah pada matanya. Ambillah masa dan berbincanglah secara elok. Tanyakan alasan kenapa dia berpendapat bertentangan dengan korang. Minta dia beri penjelasan dengan baik. Tidak perlu merajuk seperti budak kecil dan marah marah. Ini hanya akan membuat tanggapan buruk menjadi lebih parah.Ikhlaskah kita mencintai dia bila kita langsung tak mahu ambil masa memahaminya?


Dendam dalam cinta
Kadang kala apabila hajat kita tak dipenuhi oleh pasangan, kita akan mula memendam rasa. Ada jenis invidu yang kata mereka sudah melupakan sesuatu hal, tetapi dalam hatinya masih penuh rasa tak puas hati. 


Contoh situasi, Mei merajuk kerana teman lelaki Mei melayan mesra rakan perempuannya di Facebook. Teman lelaki Mei telah menjelaskan yang rakan perempuannya tadi adalah kawan lama dan tiada apa apa antara mereka, tetapi Mei tidak percaya dan menyimpan dendam dalam hati.


Tindakan Mei, dia mahu membalas dendam dengan melayan lelaki lain juga. Apa pendapat korang? Mestilah tindakan Mei ni salah kan? Makin memburukkan keadaan, bukan menyelesaikan. Itu baru contoh kecil, belum lagi sampai kes ada yang sanggup membunuh hanya kerana dendam dan tak puas hati.


Ikhlaskah kita mencintai si dia bila kita berniat mahu menyakiti hatinya dengan sengaja?
Sebenarnya ikhlas itu sangat subjektif. Orang lain tidak dapat merasa keikhlasan dalam diri kita tetapi kita boleh menunjukkan pada orang lain melalui tindakan kita. Jagalah pasangan dengan sebaiknya. Cubalah sedaya upaya pertahankan apa yang korang miliki sekarang walau apa pun berlaku. InsyaAllah, jodoh korang bersama dia yang dicintai.

No comments:

Post a Comment