Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."
Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...
baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...
ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...
Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."
masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...
bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..
dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...
ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...
aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting..
ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....
So?....apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...
Wednesday, January 25, 2012
Wednesday, December 21, 2011
Friday, December 16, 2011
Ikhlaskah kita dalam mencintai seseorang?
Setiap manusia yang pernah merasai cinta pasti inginkan keikhlasan dalam hubungan mereka kan? Adakah kita semua tahu apa maksud ikhlas dalam mencintai seseorang. Sebenarnya martabat keikhlasan itu sendiri sangat tinggi. Semua orang mampu bercinta dan mencintai tapi hanya segelintir orang sahaja yang mampu mencintai dengan ikhlas. Ikhlas di sini bererti mencintai seseorang tanpa mengharapkan balasan. Pernah tak korang dengar kisah seperti ini:-
“seorang lelaki setia menunggu teman wanitanya yang meninggalkannya tanpa sedikit pun rasa marah di hati, malah lelaki itu mendoakan kebahagiaan wanita yang dicintainya tadi”
Sesetengah orang, mungkin menganggap keikhlasan sebagai sesuatu yang bodoh. Ada bezanya antara bodoh dalam mencintai dengan sebuah keikhlasan. Ikhlas nya cinta bermakna kita menerima kelemahan pasangan kita seadanya. Ikhlasnya cinta bererti kita mencintainya tanpa mengharapkan apa apa balasan. Tetapi kita hanya manusia biasa. Sangat sukar untuk tidak mengharapkan seseorang membalas cinta kita, kan?
Apabila terjadi sesuatu perbalahan, kadang kadang kita ingin kita yang menang. Ada jenis individu yang sangat sukar mengalah apabila bergaduh dengan pasangannya. Sikap ini pasti akan menyebabkan pasangannya itu tadi makan hati!.
Adakah anda ikhlas dalam mencintai? Jawapannya ada pada anda sendiri. Bukanlah bererti kita perlu mengalah dalam setiap hal dengan pasangan, tetapi apa yang perlu adalah cara anda mengawal sikap ingin menang dalam sesebuah perhubungan. Di sini pemaniskata akan menyenaraikan beberapa perkara yang korang tidak sedar telah membunuh keikhlasan dalam hubungan korang.
Sifat ingin memiliki melampau
Adakah korang tahu maksud ikhlas dalam cinta bererti kebahagiaan si dia adalah kebahagiaan kita juga? Namun kadang kala kita lupa dan terleka dengan sikap ingin memiliki kita sehingga ada yang bersifat mengongkong. Nak berkawan dengan kawan lain jenis pun tidak boleh, nak pergi mana semua kena beritahu, itu jelas menunjukkan seseorang itu memiliki sifat dominasi yang tinggi terhadap pasangan.
Dia takut pasangannya akan meninggalkannya tetapi dalam waktu yang sama dia tidak sedar tindakannya itu lah yang menyebabkan hubungan mereka makin bermasalah. Pernah tak korang dengar cerita tentang seseorang yang sanggup melepaskan kekasihnya pergi dengan orang lain semata mata mahu melihat kekasihnya bahagia?
Itu adalah keikhlasan. Dia sedar dia tidak dapat membahagiakan kekasihnya, lalu dia redha dan pasrah melepaskan kekasihnya pergi namun tidak ada sedikit dendam pun dalam hati nya.Adakah kita juga begitu? Sanggupkah kita?
Rungutan dan keluhan
Setiap kali berlakunya apa apa konflik, mesti kita pernah merungut pada pasangan kita kan? Rungutan itu perlu untuk mengingatkan, tapi biarlah kena dengan cara dan gayanya. Tidak perlu merungut sambil membebel berjam jam hanya untuk membuatkan hati korang puas menyalahkan pasangan. Ingat, setiap masalah yang berlaku dalam hubungan bererti kita juga sebahagian dari puncanya!
Korang boleh menyalahkan pasangan korang jika berlaku sesuatu masalah, tapi janganlah melampau. Fikirkan juga perasaanya. Bayangkan kalau korang berbuat salah dan dia tidak henti henti menyalahkan korang. Fikirkan juga bahawa kesalahan nya itu adalah sesuatu yang tidak disengajakan.
Kawal emosi bila marah, jangan lah mudah melepaskan segala tutur kata yang kasar kerana ia tanpa disedari akan mengguris hati pasangan. Setiap manusia buat salah kan? Ikhlaskah kita mencintainya jika kita tak mahu menerima kekurangannya?
Mahu pasangan ikut cara korang berfikir
Tanggapan tanggapan negatif akan muncul dalam kepala korang. Tanpa memberitahunya, korang mula membuat anggapan dia sudah mula berubah, sedangkan korang sendiri belum faham tentang cara dia berfikir! Cara perempuan dan lelaki berfikir kan lain lain?
Selepas itu, mula lah korang merungut dan mahu si dia ikut seperti cara korang berfikir. Sebenarnya, apa yang salah pada mata korang belum tentu salah pada matanya. Ambillah masa dan berbincanglah secara elok. Tanyakan alasan kenapa dia berpendapat bertentangan dengan korang. Minta dia beri penjelasan dengan baik. Tidak perlu merajuk seperti budak kecil dan marah marah. Ini hanya akan membuat tanggapan buruk menjadi lebih parah.Ikhlaskah kita mencintai dia bila kita langsung tak mahu ambil masa memahaminya?
Dendam dalam cinta
Kadang kala apabila hajat kita tak dipenuhi oleh pasangan, kita akan mula memendam rasa. Ada jenis invidu yang kata mereka sudah melupakan sesuatu hal, tetapi dalam hatinya masih penuh rasa tak puas hati.
Contoh situasi, Mei merajuk kerana teman lelaki Mei melayan mesra rakan perempuannya di Facebook. Teman lelaki Mei telah menjelaskan yang rakan perempuannya tadi adalah kawan lama dan tiada apa apa antara mereka, tetapi Mei tidak percaya dan menyimpan dendam dalam hati.
Tindakan Mei, dia mahu membalas dendam dengan melayan lelaki lain juga. Apa pendapat korang? Mestilah tindakan Mei ni salah kan? Makin memburukkan keadaan, bukan menyelesaikan. Itu baru contoh kecil, belum lagi sampai kes ada yang sanggup membunuh hanya kerana dendam dan tak puas hati.
Ikhlaskah kita mencintai si dia bila kita berniat mahu menyakiti hatinya dengan sengaja?
Sebenarnya ikhlas itu sangat subjektif. Orang lain tidak dapat merasa keikhlasan dalam diri kita tetapi kita boleh menunjukkan pada orang lain melalui tindakan kita. Jagalah pasangan dengan sebaiknya. Cubalah sedaya upaya pertahankan apa yang korang miliki sekarang walau apa pun berlaku. InsyaAllah, jodoh korang bersama dia yang dicintai.
Kawal emosi bila marah, jangan lah mudah melepaskan segala tutur kata yang kasar kerana ia tanpa disedari akan mengguris hati pasangan. Setiap manusia buat salah kan? Ikhlaskah kita mencintainya jika kita tak mahu menerima kekurangannya?
Mahu pasangan ikut cara korang berfikir
Kita dan pasangan adalah dua manusia yang berbeza. Kita memang saling mencintai dan berkongsi impian yang sama. Tetapi kita kena ingat, pasangan kita adalah insan yang berbeza pandangan dan pendapat. Di sinilah keikhlasan kita dalam mencintai teruji. Jika pasangan korang melakukan sesuatu yang pada padangan korang salah, apa yang korang akan fikir?“Oh, dia dah tak sayang aku,”
Tanggapan tanggapan negatif akan muncul dalam kepala korang. Tanpa memberitahunya, korang mula membuat anggapan dia sudah mula berubah, sedangkan korang sendiri belum faham tentang cara dia berfikir! Cara perempuan dan lelaki berfikir kan lain lain?
Selepas itu, mula lah korang merungut dan mahu si dia ikut seperti cara korang berfikir. Sebenarnya, apa yang salah pada mata korang belum tentu salah pada matanya. Ambillah masa dan berbincanglah secara elok. Tanyakan alasan kenapa dia berpendapat bertentangan dengan korang. Minta dia beri penjelasan dengan baik. Tidak perlu merajuk seperti budak kecil dan marah marah. Ini hanya akan membuat tanggapan buruk menjadi lebih parah.Ikhlaskah kita mencintai dia bila kita langsung tak mahu ambil masa memahaminya?
Dendam dalam cintaKadang kala apabila hajat kita tak dipenuhi oleh pasangan, kita akan mula memendam rasa. Ada jenis invidu yang kata mereka sudah melupakan sesuatu hal, tetapi dalam hatinya masih penuh rasa tak puas hati.
Contoh situasi, Mei merajuk kerana teman lelaki Mei melayan mesra rakan perempuannya di Facebook. Teman lelaki Mei telah menjelaskan yang rakan perempuannya tadi adalah kawan lama dan tiada apa apa antara mereka, tetapi Mei tidak percaya dan menyimpan dendam dalam hati.
Tindakan Mei, dia mahu membalas dendam dengan melayan lelaki lain juga. Apa pendapat korang? Mestilah tindakan Mei ni salah kan? Makin memburukkan keadaan, bukan menyelesaikan. Itu baru contoh kecil, belum lagi sampai kes ada yang sanggup membunuh hanya kerana dendam dan tak puas hati.
Ikhlaskah kita mencintai si dia bila kita berniat mahu menyakiti hatinya dengan sengaja?
Sebenarnya ikhlas itu sangat subjektif. Orang lain tidak dapat merasa keikhlasan dalam diri kita tetapi kita boleh menunjukkan pada orang lain melalui tindakan kita. Jagalah pasangan dengan sebaiknya. Cubalah sedaya upaya pertahankan apa yang korang miliki sekarang walau apa pun berlaku. InsyaAllah, jodoh korang bersama dia yang dicintai.
Thursday, December 15, 2011
Wednesday, December 14, 2011
Tips takluki hati pasangan anda......
Disini ada disediakan beberapa tips supaya mudah pasangan anda menerima anda dengan sebaiknya untuk lelaki dan wanita . jom baca :-
- jadikanlah pasangan anda sebagai sahabat baik anda.
- selalu mengirimkan pesanan ringkas kepadanya walaupun hanya berkata " i love u"
- lelaki sukakan wanita yang pandai membawa diri, berdikari, dan tidak kekok dalam apa-apa situasi sekali pun.
- wanita pula sukakan lelaki yang selalu mengambil berat akan dirinya.
- jika melalukan kesalahan, jangan malu untuk meminta maaf.
- lelaki akan ketepikan segala ego demi wanita yang di cintainya.
- kata orang tua-tua, tawan hati lelaki dengan mengikat perutnya terlebih dahulu.
- setiap manusia punyai kekurangan. cintai pasangan anda kerna dirinya seadanya. bukannya kelebihan dan kehebatannya kerana jika suatu hari nanti kelebihan dan kehebatan itu hilang, anda akan membencinya.
- beradalah di sisi pasangan anda ketika senang dan susah adalah kunci kebahagiaan.
- carilah masa untuk menghabiskan masa bersama dengan melakukan aktiviti kegemaran pasangan anda.
- bila pasangan anda sedang bercakap, pandanglah matanya, berikan tumpuan dengan percakapannya, jangan bersikap sambil lewa.
- jika wanita sedang marah, pujuklah hatinya dengan lembut, tanyakan kenapa.. jadilah pendengar yang setia..
- jika lelaki sedang marah, limpahilah pasangan anda dengan kasih sayang.. pujuk hatinya, jika masih tidak berjaya, biarkan dia bersendiri dahulu.. bila keadaan kembali reda, dia akan kembali mencari anda. percayalah!!!
- kaum adam kebiasaanya akan bercakap terus terang, berlawanan dengan kaum hawa yang lebih suka berlapik ketika bercakap.
- lelaki suka menganggap segala-galanya adalah mudah dan senang dalam segala hal... lain pula dengan wanita lebih cerewet dalam setiap perkara..
- sayangi pasangan anda berpada-pada.. kerana terlalu sayang akan menjadi benci malah sebaliknya.
- kadang-kadang pasangan kita juga memerlukan masa bersama keluarga dan kawan, jangan di sekat kebebasannya tetapi tidak pula di biarkan terlalu bebas. ini bermakna, beritahu pasangan anda ke mana anda ingin pergi, dan bersama siapa.. jangan timbulkan syak wasangka kepada psangan anda.
- tidak kira di mana anda berada, ingatlah status anda. ada hati yang perlu di jaga yer. jangan terlalu bebas bergaul. takut nanti ada yang tersangkut dengan anda.. masalah nanti..
- perkenalkanlah pasangan anda kepada kawan-kawan anda yang lain, agar dirinya terasa begitu berharga buat anda.
- sahabat si dia adalah sahabat anda juga, kata orang bila pasangan kita berkawan dengan kawan-kawan kita yang lain, maka dia akan lebih mengenali anda dengan dekat. tidak timbul juga masalah di kemudian hari :)
- berikan kejutan kepada si dia dengan memberinya hadiah, jangan tunggu untuk hari istimewa sahaja.
- bawa si dia di majlis-majlis keluarga. agar si dia tahu yang anda benar-benar serius dengannya.
- dari mata turun ke hati.. tatap lah matanya ketika bersama..
- jangan lupa ucapkan "terima kasih" untuk setiap perkara yang si dia lakukan.
- tanya hati anda, mengapa mencintai dia??? kerana cinta itu cukup suci untuk di permainkan. cintai pasangan anda seadanya kerana si dia mncintai anda apa adanya ^^
hakikat dalam sebuah percintaan apabila timbul salah faham dan bergaduhan. itu adalah lumrah kehidupan pasangan bercinta. sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula mereka yang tidak sedarah dan sedaging dengan kita. jadilah pasangan yang bijak menyelesaikan masalah, bukannya sentiasa menimbulkan masalah. dunia percintaan sentiasa di uji dan teruji.. di sini lah kita akan tahu, serasi atau tidak kita dengan pasangan. love mean u accept all the weakness of ur partner.
Subscribe to:
Posts (Atom)

